Home Nasional Pembangunan semula Gaza cerminan negara dalam misi kemanusiaan global – Sim Tze Tzin
Nasional

Pembangunan semula Gaza cerminan negara dalam misi kemanusiaan global – Sim Tze Tzin

Pembangunan semula Gaza cerminan negara dalam misi kemanusiaan global – Sim Tze Tzin

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembangunan semula Gaza

KUALA LUMPUR, 2 Februari – Keputusan Malaysia untuk terlibat dalam pembangunan semula Gaza mencerminkan komitmen negara dalam misi kemanusiaan global serta tanggungjawab sebagai negara yang menyokong kestabilan dunia.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menegaskan bahawa Malaysia bukan sekadar sebuah negara kecil tetapi telah lama terlibat dalam usaha pemulihan pasca krisis di peringkat antarabangsa.

\”Malaysia telah membantu membangunkan semula Bosnia Herzegovina, Timor Leste dan Acheh selepas tsunami. Kita juga membina hospital untuk pelarian di Cox Bazar, Bangladesh.

\”Bantuan kemanusiaan antarabangsa adalah sebahagian daripada komitmen kita, dan apabila Malaysia memerlukan bantuan, negara lain turut membantu kita,\” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menambah bahawa penglibatan Malaysia dalam pembangunan semula Gaza bukan sahaja memperkukuhkan reputasi negara di peringkat antarabangsa, malah membuka ruang untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik dengan kuasa besar seperti Jepun, China, Kesatuan Eropah dan negara-negara Arab yang turut terlibat dalam usaha ini.

\”Bila perang (konflik kemanusiaan) berakhir, sudah tentu banyak negara akan turut serta dalam usaha pemulihan Gaza. Ini adalah peluang bagi Malaysia untuk memainkan peranan dan menonjolkan kepimpinan dalam misi kemanusiaan global,\” katanya.

Menurutnya, ketika Malaysia masih dalam fasa pembangunan, negara menerima bantuan daripada Japan International Cooperation Agency (JICA), Bank Dunia (Amerika Syarikat) serta inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) oleh China.

Kini, Malaysia berada dalam kedudukan untuk menyumbang kepada pembangunan global.

\”Malaysia kini semakin hampir mencapai status negara berpendapatan tinggi. Sebagai negara yang semakin berkembang, kita perlu menyumbang kepada pembangunan dunia mengikut kemampuan kita,\” tambahnya.

Beliau turut menekankan bahawa kestabilan Gaza adalah kepentingan jangka panjang kepada Malaysia, khususnya dalam aspek perdagangan dan ekonomi global.

\”Asia Barat telah lama menjadi titik panas geopolitik dunia. Jika ia terus bergolak, ia boleh memberi kesan kepada harga minyak dan laluan perkapalan antarabangsa.

\”Malaysia tidak mampu menyelamatkan seluruh dunia, tetapi kita pasti boleh memainkan peranan kecil dalam membantu Gaza. Lagipun, kita adalah sebahagian daripada masyarakat dunia. Kemanusiaan adalah nilai yang mendefinisikan kita sebagai sebuah negara.

Beliau turut memuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menunjukkan kepimpinan luar biasa dalam kerjasama antarabangsa pada ketika kuasa besar seperti Amerika Syarikat semakin mengurangkan penglibatan mereka dalam isu global.

\”Dunia memerlukan kepimpinan yang berani. Anwar menunjukkan komitmen luar biasa dalam usaha ini, dan kita seharusnya menyokong usaha beliau,\” tambahnya.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...