Home Nasional Pemandu lori sembunyi pekerja asing gagal lepasi pemeriksaan JPJ
Nasional

Pemandu lori sembunyi pekerja asing gagal lepasi pemeriksaan JPJ

Pemandu lori sembunyi pekerja asing gagal lepasi pemeriksaan JPJ

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 8 April – Tindakan seorang pemandu lori menyembunyikan empat pekerja warga asing di bahagian belakang lori bertutup bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, gagal apabila kenderaannya ditahan dalam satu operasi khas semalam.

Lori berkenaan ditahan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam Op Khas Motorsikal dan Op Pengarah sempena Op Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dijalankan di Kilometer 6, Jalan Lencongan Timur, di sini.

Menurut Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki warga Bangladesh berada di bahagian belakang lori yang ditutup rapat, dipercayai disembunyikan oleh pemandu lori tersebut.

“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan cuba mengelak daripada dikesan kerana membawa pekerja melebihi had yang dibenarkan, iaitu hanya dua orang pada satu-satu masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu lori terbabit telah dikenakan saman atas kesalahan membawa pekerja melebihi jumlah yang ditetapkan.

Bagaimanapun, keempat-empat warga asing terbabit memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sepanjang operasi yang berlangsung selama empat jam dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari itu, sebanyak 539 buah kenderaan telah diperiksa dan 154 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

JPJ menegaskan kesalahan seperti itu dipandang serius kerana bukan sahaja melanggar peraturan, tetapi turut mengancam keselamatan nyawa penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Operasi seumpama itu akan diteruskan di beberapa lokasi lain sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang, terutamanya menjelang musim perayaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....