Home Nasional Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak
Nasional

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak

Pemandu lori maut dihempap muatan kayu balak

Pasukan bomba dan penyelamat Belaga mengeluarkan mangsa menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalih lori serta kayu balak

BELAGA , 15 Februari- Seorang lelaki maut dalam satu kejadian kemalangan kendiri di Jalan Merudum Dam Belaga malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa dikenali sebagai Muhie Nawan berusia 44 tahun.

\”Panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan diterima pada pukul 8.36 malam tadi. Pasukan bomba dan penyelamat Belaga telah digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori muatan kayu balak telah terbabas ke tepi jalan.

\”Mangsa telah dipercayai dihempap oleh muatan kayu balak tersebut dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalih lori serta kayu balak tersebut,\” menurut kenyataan itu.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan operasi tamat pada pukul 11.07 malam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....