Home Nasional Pemadam dijenamakan semula, perkukuh usaha perangi dadah
Nasional

Pemadam dijenamakan semula, perkukuh usaha perangi dadah

Pemadam dijenamakan semula, perkukuh usaha perangi dadah

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah / Foto RTM

KAJANG, 22 Mac – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan dijenamakan semula bagi memperkukuh peranannya dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah itu sejajar dengan dasar dan pendekatan proaktif kerajaan dalam menangani isu berkenaan.

“Pemadam telah mencapai usia 49 tahun dan akan memasuki usia 50 tahun. Kini tiba masanya untuk organisasi ini diberi nafas baharu, termasuk dari segi imej, strategi dan pendekatan agar lebih relevan dalam menangani ancaman dadah.

“Kita mahu Pemadam bergerak seiring dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha membanteras dadah yang masih dianggap musuh utama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni sempena Ihya\’ Ramadan anjuran AADK, di sini pada Jumaat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....