Home Nasional Peluang luas kembang perdagangan dengan Malaysia – Putin
Nasional

Peluang luas kembang perdagangan dengan Malaysia – Putin

Peluang luas kembang perdagangan dengan Malaysia – Putin

Foto diedarkan oleh agensi negara Rusia, Sputnik memaparkan Presiden Rusia, Vladimir Putin bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, di luar Forum Ekonomi Timur di Vladivostok semalam/AFP

VLADIVOSTOK, 5 September- Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah AS$3.5 bilion (AS$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025.

\”Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan ASEAN, dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini.

\”Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baharu dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu pada Rabu (4 September).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di sini pada Rabu.

Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....