Home Nasional Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 disambut baik majikan dan pekerja
Nasional

Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 disambut baik majikan dan pekerja

Pelaksanaan gaji minimum RM1,700 disambut baik majikan dan pekerja

Pemilik Kopi Peng Studio, Mohd Hafizal Idris / Foto RTM

JENIANG, 2 Mac – Pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 tidak membebankan majikan, malah mampu melahirkan pekerja yang lebih komited dan bertanggungjawab.

Perkara itu disahkan oleh pemilik Kopi Peng Studio, Mohd Hafizal Idris, yang menyambut baik langkah kerajaan dalam menguatkuasakan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu.

“Gaji minimum RM1,700 ini kami sambut baik. Maknanya, kami terus laksanakan. Sebelum ini RM1,500 pun kami ikut. Selain itu, pekerja juga mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO,” katanya ketika ditemui RTM.

Mohd Hafizal turut menegaskan bahawa sebagai majikan, beliau bukan sahaja memastikan kebajikan pekerja, tetapi juga membantu mereka meningkatkan kemahiran yang boleh digunakan untuk menjadi usahawan pada masa hadapan.

Sementara itu, Nurhasyifa Abdul Rahman, yang telah bekerja sebagai pembuat kopi di Kopi Peng Studio sejak setahun lalu, menyatakan bahawa kenaikan gaji minimum membantu menampung perbelanjaan harian keluarganya.

“Alhamdulillah, dari RM1,500 naik ke RM1,700 memang banyak membantu dalam perbelanjaan keluarga, selain menambah pengalaman bekerja di sini,” katanya.

Rakan sekerjanya, Mohd Faris Fadhil, turut menegaskan bahawa kenaikan gaji minimum memberi kesan positif kepada kos sara hidupnya.

“Dengan kos hidup yang semakin meningkat, kenaikan gaji minimum ini memang sangat membantu saya mengurangkan beban perbelanjaan harian,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa majikan dengan kurang daripada lima pekerja diberi tempoh penangguhan selama enam bulan, dengan pelaksanaan hanya bermula pada 1 Ogos 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....