Home Nasional Pelajar, rakyat Malaysia di Bangladesh akan dibawa pulang
Nasional

Pelajar, rakyat Malaysia di Bangladesh akan dibawa pulang

Pelajar, rakyat Malaysia di Bangladesh akan dibawa pulang

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia susulan pemantauan Wisma Putra terhadap perkembangan terkini di Bangladesh.

\”Sama ada mereka (pelajar) bantuan kerajaan atau pelajar swasta, kita akan bantu, dan Menteri Luar akan mengadakan mesyuarat kalau perlu menyewa pesawat untuk bawa mereka pulang.

\”Ketika ini keselamatan anak-anak Malaysia jadi keutamaan kita. Beberapa hari pertama itu nampak keadaan mungkin terkawal, tetapi sekarang ini dari maklumat kedutaan rasanya lebih sesuai kalau mereka dibawa pulang,\” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di ibu negara.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang media berkata, kerajaan akan membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh selepas pelan pemindahan segera itu mendapat \’lampu hijau\’ daripada Perdana Menteri.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...