Home Nasional Pelajar MRSM enggan pulang ke asrama dilapor hilang
Nasional

Pelajar MRSM enggan pulang ke asrama dilapor hilang

Pelajar MRSM enggan pulang ke asrama dilapor hilang

Gambar hiasan

KUANTAN, 5 Mei –Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga, dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Mangsa, Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, disedari hilang oleh ibunya kira-kira 4 petang tadi selepas mendapati remaja itu tidak berada di dalam bilik tidur.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACPWan Zahari Wan Busuberkata sebelum kejadian, ibu mangsa berusia 41 tahun memaklumkan Anas Baihaqi masih berada di rumah sekitar pukul 3.30 petang.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pengadu menyedari anaknya tiada lalu mencarinya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal dikesan,” katanya dalam kenyataanpada Ahad.

Menurut beliausemakan awal mendapati remaja berkenaan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam dan kasut sukan jenama Puma ketika keluar dari rumah.

Katanya hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini pernah menyuarakan keengganan untuk pulang ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

“Dia juga didapati membawa bersama telefon bimbit milik adiknya, yang masih boleh dihubungi namun tiada sebarang jawapan. Remaja itu turut membawa kasut sukan, beg galas sekolah dan wang tunai kira-kira RM200,” katanya.

Wan Zahari berkataini merupakan kali pertama remaja berkenaan dilaporkan hilang dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan serta usaha mengesannya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kelibat remaja ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....