Home Nasional Pekerja pendawaian tercampak dari bot ditemukan lemas
Nasional

Pekerja pendawaian tercampak dari bot ditemukan lemas

Pekerja pendawaian tercampak dari bot ditemukan lemas

Foto hiasan

SIBU, 29 Mac – Seorang pekerja syarikat pendawaian yang tercampak dari bot dalam insiden di Sungai Batang Igan berdekatan Bungan Kecil di Mukah, kira-kira 160 kilometer (km) dari sini pada Rabu lepas ditemukan lemas, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat Saffuan Zaffarin, 30, ditemukan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 7.36 malam.

\”Mayat dijumpai kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,\” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi SAR yang memasuki hari ketiga sebelum penemuan mayat itu, melibatkan pencarian di kawasan radius lima hingga 10 km dari lokasi kejadian pada sebelah pagi manakala pencarian di permukaan sungai diteruskan sebelah petang.

Dalam kejadian kira-kira 2.00 petang Rabu itu, mangsa dipercayai tercampak selepas bot dinaikinya melanggar sebatang kayu hanyut ketika melalui kawasan Bungan Kecil, Batang Igan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....