Home Nasional Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan, memandu dengan kadar alkohol melebihi had dibenarkan dan menyebabkan kematian seorang lelaki pada 13 April lalu.

Tertuduh, Kok Zi Kang, 25 tahun membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Tertuduh didakwa memandu dengan kadar alkohol dalam badan sebanyak 76 miligram bagi setiap 100 mililiter, sehingga kadar alkohol dalam darah melebihi 26 miligram bagi setiap seratus mililiter.

Dia juga dituduh menyebabkan kematian, Mohd Taufik Ariff Sariff, pada hari yang sama.

Kesalahan dilakukan pada pukul 2.10 pagi, di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Johor Bahru.

Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.

Dalam mahkamah sama, Kok juga mengaku tidak bersalah, atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan milik kenderaan dipandu, di Johor Bahru, pukul 4.30 pagi, pada hari kejadian.

Jaminan RM2,000 dikenakan bagi pertuduhan itu.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Tasnim Saleh, mengikut Seksyen 44 (1 ) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( akta 133 ), selain Seksyen 108 ( 3 ) ( f ) akta yang sama.

Peguam, Chuah Shyue Chien mewakili tertuduh dalam pertuduhan itu.

Kedua-dua kes disebut semula pada 19 Mei ini.

Pada insiden 13 April lalu, Mohd Taufik, berumur 37 tahun, maut selepas dipercayai dirempuh kereta dipandu tertuduh, semasa membantu seorang penunggang motosikal yang terbabas di lokasi.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...