Home Nasional PDRM mohon bantuan orang ramai, kesan Nur Shafila Shuaib
Nasional

PDRM mohon bantuan orang ramai, kesan Nur Shafila Shuaib

PDRM mohon bantuan orang ramai, kesan Nur Shafila Shuaib

Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR, 26 Julai– Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita bernama Nur Shafila Shuaib, 20 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu.

PDRM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan pada 16 Julai lalu.

Menjelaskan lanjut, pihak polis berkata, berdasarkan laporan yang diterima, wanita yang beralamat terakhir di 12-23 Pangsapuri Sri Malaysia, No 2 Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia itu gagal dihubungi.

Wanita tu berketinggian 148 sentimeter dengan berat badan 45 kilogram dan berbadan sederhana kurus serta bertudung tanpa berkaca mata itu merupakan pengasuh di sebuah taska di Desa Petaling.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab, di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....