Home Nasional PAU 2024, fokus ke arah agenda 'rakyat sentrik'
Nasional

PAU 2024, fokus ke arah agenda 'rakyat sentrik'

PAU 2024, fokus ke arah agenda 'rakyat sentrik'

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Ogos– Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 mengangkat agenda dan keutamaan untuk kebajikan rakyat.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, perbincangan kali ini lebih memberi fokus kepada “rakyat sentrik”, menyentuh secara lebih mendalam mengenai kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

\”Contohnya dalam konteks ekonomi gig yang melibatkan 1.14 juta anak-anak muda, yang mana ini juga menyumbang sedikit sebanyak tercicirnya ramai anak muda dari arus pendidikan dan kemahiran perdana. Ini terkait juga dengan dasar dan juga inisiatif TVET yang dibuat parti dalam PAU yang lepas.\”

\”Jadi, banyak perkara yang dilaksanakan dan dilakukan oleh kepimpinan UMNO kali ini disambut di peringkat bahagian-bahagian termasuk juga agenda-agenda lain seperti Program Dasar Tahfiz Negara, halal, selain daripada ekonomi gig, isu TVET dan isu kos sara hidup rakyat.\”

\”Itu banyak yang berlegar dalam kalangan usul-usul daripada bahagian-bahagian yang saya kira ia banyak bersifat “rakyat sentrik”, memfokuskan kepada soal rakyat,\” jelas Dr. Asyraf kepada pemberita dalam sidang media PAU 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Selain itu, kelainan juga turut ditonjolkan dengan penganjuran Karnival Eksplorasi dan Kerjaya TVET mulai 23 hingga 25 Ogos bagi membuka peluang kepada anak muda dalam memperkasa diri dalam pelbagai bidang TVET.

Karnival itu julung kali diadakan seiring PAU bagi menzahirkan komitmen UMNO sebagai pelopor agenda TVET negara.

Dalam pada itu, seramai 6,433 perwakilan dijangka hadir tahun ini pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang bakal bersidang mulai 21 hingga 24 Ogos depan.

Datuk Dr Asyraf berkata terdapat peningkatan sebanyak 2,939 perwakilan berbanding sebelum ini.

\”Kerana ada tambahan ketua penerangan yang dijadikan sebagai perwakilan, automatik bagi bahagian-bahagian sebagaimana pindaan kepada perlembagaan dan peraturan mesyuarat dalam sesi yang lepas,\” tambah Dr. Asyraf.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....