Home Nasional Pasukan SMART selamatkan lelaki tertimbus lebih 72 jam
Nasional

Pasukan SMART selamatkan lelaki tertimbus lebih 72 jam

Pasukan SMART selamatkan lelaki tertimbus lebih 72 jam

Pasukan MAS-01 SMART menggunakan alat pengesan dalam operasi mencari mangsa hidup pada 2 April lalu/Foto NADMA

SUBANG, 7 April – Seorang lelaki berusia 47 tahun yang tertimbus lebih 72 jam di kawasan runtuhan Worksite K10, Myanmar berjaya diselamatkan oleh Pasukan MAS-01 SMART NADMA dalam misi kemanusiaan Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar, baru-baru ini.

Pasukan yang terdiri daripada 50 anggota itu selamat tiba di tanah air kira-kira pukul 5.00 petang hari ini menggunakan dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat di Lapangan Terbang TUDM Subang.

\”Pasukan MAS-01 yang ditugaskan di Sektor Sagaing, merupakan satu-satunya pasukan Urban Search and Rescue (USAR) antarabangsa yang beroperasi di kawasan tersebut.

\”Sepanjang 6 hari penugasan, mereka melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di 11 kawasan runtuhan, yang kebanyakannya melibatkan struktur kompleks dan mencabar keupayaan pasukan tempatan,\” menurut hantaran itu di Facebook hari ini.

Kepulangan wira kemanusiaan disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, bersama wakil-wakil Kementerian Luar Negeri, ATM dan NADMA.

Setibanya di tanah air, kesemua anggota menjalani saringan kesihatan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan didapati berada dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental.

Selain menyelamatkan mangsa yang tertimbus hidup, pasukan turut menemui 10 lagi mangsa yang terkorban, termasuk empat kanak-kanak, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijumpai seramai 11 orang.

NADMA merakamkan penghargaan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi yang menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada Myanmar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....