Home Nasional Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈)

PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000 akan disalurkan kepada setiap ketua isi rumah di Parlimen Puchong yang kediamannya musnah sepenuhnya akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin berkata ia akan disalurkan segera mulai hari ini membabitkan dua kampung terjejas di parlimen berkenaan iaitu Kampung Sungai Baru dan Kampung Tengah bagi membantu tindakan kecemasan yang diperlukan.

Tambahnya, bantuan kepada mangsa kategori lain akan disalurkan setelah data terkini diperoleh.

\”Pengagihan bantuan tunai segera akan bermula hari ini. Bagi mangsa yang masih berada di kampung halaman, kami akan mengatur pengagihan susulan,\” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Bee Yin berkata, Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Puchong yang diwakili Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batu 13 Puchong juga telah mengedarkan makanan dan barangan keperluan asas kepada mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah dan Surau Usmaniah di Kampung Kuala Sungai Baru sebelum mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Masjid Putra Heights.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari atas pengumuman bantuan tunai RM5,000 bagi pemilik kediaman musnah sepenuhnya manakala RM2,500 untuk kediaman terjejas sebahagian.

Selain itu, Bee Yin berkata pejabat beliau menyediakan peruntukan tambahan RM10,000 untuk tindakan kecemasan lain dengan kemungkinan penambahan sekiranya diperlukan.

\”Untuk sebarang keperluan kecemasan, mangsa boleh menghubungi Pengerusi JPKK Batu 13, Tok Fiqrie, di talian 011-27217445,\” katanya.

BERITA BERKAITAN

  • RM5,000 kepada pemilik kediaman musnah sepenuhnya, RM2,500 untuk kediaman terjejas sebahagian
  • PM arah bantuan kepada mangsa kebakaran Putra Heights
  • Polis siasat dakwaan berlaku kerja mengorek di Putra Heights
  • Laporan awal insiden kebakaran saluran paip gas, dijangka dalam tempoh 72 jam
  • Kebarangkalian letupan susulan rendah – Bomba

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....