Home Nasional Operasi pembersihan pascabanjir di Johor, 315.74 tan sisa pukal dikutip
Nasional

Operasi pembersihan pascabanjir di Johor, 315.74 tan sisa pukal dikutip

Operasi pembersihan pascabanjir di Johor, 315.74 tan sisa pukal dikutip

Operasi pembersihan pascabanjir di Johor, 315.74 tan sisa pukal dikutip

JOHOR BAHRU, 26 Mac– Sebanyak 315.74 tan sisa pukal telah dikutip dalam operasi pembersihan di kawasan-kawasan terjejas banjir di Johor.

Jumlah kutipan dijangka mencapai 500 tan sisa, setelah operasi pembersihan selesai.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Mohd Shukor dalam kenyataan berkata, kira-kira 1,000 petugas dikerah bagi memastikan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan segera.

Sebanyak 144 lori RORO, 11 lori open tipper dan 31 jengkaut digunakan bagi mempercepat proses pembersihan.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sukarelawan atas usaha membantu rakyat bangkit daripada musibah berkenaan.

Kerajaan negeri turut mengambil maklum mengenai cabaran logistik dan berusaha menambah baik koordinasi bagi memastikan sisa banjir dapat diurus dengan lebih efektif.

Usaha mencegah banjir juga giat dilaksanakan. Ia termasuk kajian kejuruteraan akan dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan dan mencadangkan penyelesaian lebih mampan.

Kerajaan Johor juga akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan tambahan dalam melaksanakan projek mitigasi banjir berskala besar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....