Tuesday , 11 February 2025
Home Nasional Operasi Khas Tahun Baharu Cina: Lebih 100,000 notis dikeluarkan, 724 kenderaan disita
Nasional

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: Lebih 100,000 notis dikeluarkan, 724 kenderaan disita

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: Lebih 100,000 notis dikeluarkan, 724 kenderaan disita

Anggota JPJ menjalankan pemeriksaan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina Tahun 2025 di Plaza Tol Sungai Besi/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Februari– Sebanyak 107,014 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan kenderaan dan pemandu yang tidak mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, notis dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah tersebut, 724 kenderaan telah disita.

\”Notis JPJ 22 telah dikeluarkan atas kesalahan-kesalahan utama iaitu kesalahan paling tinggi berkaitan pelesenan kenderaan iaitu sebanyak 29,994 kesalahan, kesalahan berkaitan pelesenan pemandu adalah sebanyak 20,414 dan kesalahan berkaitan teknikal adalah sebanyak 15,610.

\”Jadi jumlah kesalahan-kesalahan utama yang telah dilihat diambil tindakan oleh pihak JPJ adalah sebanyak 82,606 kesalahan\”, katanya dalam sidang media Majlis Penutup Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 di ibu negara.

Beliau turut memaklumkan operasi khas kali ini menunjukkan pengurangan sebanyak 100,000 pengeluaran notis saman berbanding tahun lepas.

Tambah beliau, larangan pemanduan bagi kenderaan barangan turut dilaksanakan selama empat hari, iaitu pada 27 dan 28 Januari serta 1 dan 2 Februari lepas.

Related Articles

Kesalahan lebih muatan, tali pinggang keledar catat saman tertinggi di Kelantan
Nasional

Kesalahan lebih muatan, tali pinggang keledar catat saman tertinggi di Kelantan

Foto BernamaPASIR PUTEH, 10 Februari – Kesalahan lebih muatan dan tidak memakai...

Langkah perketat keselamatan tempat awam tepat – Penganalisis
Nasional

Langkah perketat keselamatan tempat awam tepat – Penganalisis

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 10 Februari – Ketegasan Ketua Polis Negara,...

Vape perlu diharamkan, ancaman kepada kesihatan awam
Nasional

Vape perlu diharamkan, ancaman kepada kesihatan awam

Foto hiasan/RTMKUALA LUMPUR, 10 Februari –Kerajaan perlu segera mengharamkan penggunaan vape, kerana...

Penunggang motosikal rekod kesalahan paling tinggi di Selangor
Nasional

Penunggang motosikal rekod kesalahan paling tinggi di Selangor

Op TBC 2025 oleh JPJ Negeri Selangor/ Facebook JPJ Negeri SelangorKAJANG, 10...