Home Nasional Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara
Nasional

Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara

Operasi feri Kuala Kedah ditutup sementara

Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara susulan amaran angin kencang dan laut bergelora / Foto Hiasan / Bernama

KUALA KEDAH, 20 September – Operasi feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara susulan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi kawasan Selat Melaka Utara sehingga 21 September ini.

Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom memaklumkan feri tambahan akan diaktifkan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis, bergantung kepada keupayaan terminal dan kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia.

\”Sepanjang penutupan sementara Terminal Penumpang Kuala Kedah, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis sehingga keadaan cuaca kembali pulih,\” katanya menerusi kenyataan.

Penutupan tersebut telah menjejaskan seramai 12,532 penumpang sejak perkhidmatan feri di laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dihentikan pada 17 September lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....