Home Nasional Operasi carilamat mangsa bot karam memasuki hari keempat
Nasional

Operasi carilamat mangsa bot karam memasuki hari keempat

Operasi carilamat mangsa bot karam memasuki hari keempat

Pasukan penyelamat melakukan operasi carilamat hari keempat dua mangsa bot karam di perairan Kemaman

KEMAMAN, 14 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman hari ini diteruskan bermula pukul 7.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, operasi yangmemasuki hari keempat itu melibatkan bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu membabitkan 27 pegawai dan anggota.

Pasukan Skuadron Selam di bawah kendalian Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia juga akan meneruskan pencarian mangsadi sekitar kawasan kejadian.

Ariffin berkata, pencarian hari ini tidak mengguna aset udara.

Ahad lepas, sebuah bot nelayan yang membawa sembilan individu termasuk tekong untuk mencandat sotong dan memancing, karam selepas dilanggar tongkang.

Lima daripada sembilan mangsa terselamat, dua mangsa ditemukan lemas, manakala dua lagi masih hilang iaitu Aina Husna Mohamad Husaini, 25, dan Yusof Kassam, 66.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....