Home Nasional Operasi cari nelayan hilang di Simunjan, masuk hari ke-3
Nasional

Operasi cari nelayan hilang di Simunjan, masuk hari ke-3

Operasi cari nelayan hilang di Simunjan, masuk hari ke-3

FOTO JBPM SIMUNJAN

SIMUNJAN, 16 Mac– Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan sungai, Hamil Hamdan, 43, yang dilaporkan hilang di Kampung Sageng, Simunjan masih belum membuahkan hasil.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Alimaddia Bukri, pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini diperluaskan sehingga lebih 20 kilometer persegi sejak semalam.

“Setakat ini, tiada sebarang petunjuk keberadaan mangsa. Pasukan penyelamat turut melakukan pencarian di kawasan lubuk buaya bagi mengenal pasti kemungkinan mangsa diheret reptilia berkenaan,” katanya ketika dihubungi RTM di Kuching pagi tadi.

Sehingga pukul 10 pagi, lebih 20 anggota termasuk penduduk kampung menyertai operasi pencarian dengan dua aset di air digerakkan.

Hamil dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak lewat malam Khamis selepas keluar menangkap ikan di Sungai Sageng pada sebelah pagi.

Operasi pencarian dilancarkan sejurus menerima laporan pada Jumaat, namun setakat ini, hanya peralatan memancing dan perahu milik mangsa ditemui di Sungai Segali.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....