Home Nasional OPA diteruskan, belum berjaya tingkatkan paras air di dua empangan
Nasional

OPA diteruskan, belum berjaya tingkatkan paras air di dua empangan

OPA diteruskan, belum berjaya tingkatkan paras air di dua empangan

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

YAN, 30 Julai – Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, di Perak.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata operasi itu akan diteruskan sehingga esok.

\”Kita kena lihat daripada keseluruhan empangan tersebut, ini baru permulaan dan akan diteruskan sehingga esok. Kalau tengok empangan tu parasnya masih tidak berubah, daripada bacaan kelmarin dengan bacaan semalam itu masih paras yang sama, tapi insyaAllah itu ikhtiar kita,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan projek Pembinaan Empangan Sabo serta Kerja-Kerja Berkaitan di Daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah Fasa 1 (Reka dan Bina),di sini.

OPA dilaksana untuk menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang menjejaskan jumlah taburan hujan.

Dalam pada itu, Akmal berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan membina empat lagi Empangan Sabo di empat negeri tahun ini bagi mengelakkan kejadian banjir aliran puing.

Empat negeri tersebut iaitu Sabah, Hulu Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

\”Untuk tahun ini memang kita telah mendapat peruntukan daripada Kementerian Ekonomi untuk kita meneruskan empat lagi pembinaan Sabo (empangan). Anggaran kos itu yang paling murah dalam RM30 juta sehingga mencecah RM144 juta,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....