Home Nasional Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa
Nasional

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa

Foto RTM

KUCHING, 14 Disember -Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ) setakat semalam telah membuat pemeriksaan terhadap 828,358 kenderaan di seluruh negara dalam Op Khas Motosikal yang bermula sejak 1 November lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang, JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata daripada jumlah itu 400,352 adalah pembonceng motosikal.

Katanya, sebanyak 55,857 motosikal telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dan 2,665 motorsikal telah disita.

Menurut Muhammad Kifli, sepanjang Operasi berkenaan, pihaknya dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berjaya menahan seramai 65 pemandu yang didapati positif dadah.

“Pihak JPJ memandang serius perkara ini kerana apabila pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah berada di atas jalan raya, peratusan kemungkinan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya amat tinggi\”, katanya demikian ketika ditemui pemberita semasa Ops Khas Motosikal JPJ Sarawak di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, di sini.

Op Khas Motosikal yang bermula sejak 1 November sehingga 31 Disember ini.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...