Home Nasional Nur-ul Afida antara empat penerima Anugerah Luminary Media
Nasional

Nur-ul Afida antara empat penerima Anugerah Luminary Media

Nur-ul Afida antara empat penerima Anugerah Luminary Media

Nur-ul Afida Kamaludin

KUALA LUMPUR, 27 September-Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin antara penerima Anugerah Tokoh Media pada Anugerah Jubli Intan Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC).

Anugerah tersebut sebagai pengiktirafan bakat kepimpinan luar biasanya yang membuka sempadan dan memberi inspirasi kepada generasi baharu dalam kalangan wanita untuk memimpin serta menjuarai bidang kewartawanan.

\”Semasa zaman saya tahun 84, 85 saya telah ditekankan tentang etika dalam kita melaksanakan tugas. Jadi saya berpegang kepada itu sehingga sekarang, malah sesiapa yang pernah bertugas semasa saya menjadi penyunting, ada perkara-perkara yang kita tekankan dan kita akan pastikan mereka mematuhinya.

\”Jadi peganglah kepada etika, kerana itu akan membuktikan kita sebagai seorang wartawan yang orang akan iktiraf sebagai yang dipercayai dan diyakini,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Anugerah Jubli Intan Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di ibu negara.

Tiga lagi penerima anugerah sama adalah Ketua Pegawai Kandungan The Star, Datin Paduka Esther Ng; wartawan veteran, Datuk Nuraina Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Puan Nini Yusof.

Anugerah disampaikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....