Home Nasional NRES kaji kaedah pulihara hutan terputus daripada koridor hidupan liar
Nasional

NRES kaji kaedah pulihara hutan terputus daripada koridor hidupan liar

NRES kaji kaedah pulihara hutan terputus daripada koridor hidupan liar

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (tiga, kiri) menyampaikan cek bantuan kepada Mohamad Razif Mahd Kamari, 44, (tiga, kanan) pada Majlis Penyampaian Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman (BKHT) Akibat Serangan Hidupan Liar di Dewan KEJORA Bandar Tenggara hari ini/ BERNAMA

KOTA TINGGI, 16 Ogos– Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang mengkaji solusi terbaik untuk memulihara kawasan hutan yang terputus daripada koridor hidupan liar sehingga menyebabkan haiwan itu menceroboh ke kawasan kebun atau penempatan penduduk.

Menteri Sumber Asli, Nik Azmi Nik Ahmad berkata habitat yang terjejas merupakan isu utama dalam konflik manusia-hidupan liar dan usaha memelihara serta menambah kawasan perlindungan antara penyelesaian paling ideal.

\”Kita ada central forest spinedi Banjaran Titiwangsa sampai ke selatan, tapi ada beberapa kawasan telah terputus koridor hidupan liar, tapi bila tidak ada hutan atau kawasan perlindungan yang bersambung mereka akan masuk ke kawasan kampung.

\”Jadi kita pun sedang mengkaji bagaimana cara terbaik untuk menghubungkan semula kawasan hutan yang terputus\”, katanya.

Tambahnya, kekangan yang dihadapi adalah berkaitan persetujuan pemilik tanah untuk memasang pagar elektrik bagi mengurangkan konflik hidupan liar.

Beliau juga akan memohon penambahan peruntukan untuk menangani konflik berkenaan kepada Kementerian Kewangan pada September untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025.

Beliau ditemui semasa Majlis Penyampaian Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar di Dewan Kejora Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor.

Sebanyak RM38,000 diperuntukkan dan diserahkan kepada 21 penerima dari daerah Kota Tinggi, Mersing, Batu Pahat, Kahang yang mengalami kemusnahan tanaman dan harta benda akibat serangan gajah serta kera.

Untuk tempoh 2019 hingga Jun 2024, sebanyak 68,182 aduan gangguan hidupan liar diterima Jabatan Perhilitan, manakala 8,233 aduan direkodkan di Johor dalam tempoh sama.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....