Home Nasional NR-REE: SOP telah dikongsikan kepada kerajaan negeri – NRES
Nasional

NR-REE: SOP telah dikongsikan kepada kerajaan negeri – NRES

NR-REE: SOP telah dikongsikan kepada kerajaan negeri – NRES

Foto BERNAMA

BANGI, 7 Oktober– Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE), telah dikongsikan kepada kerajaan negeri.

Menterinya, Nik Nazmi berkata sesi libat urus diadakan merangkumi pelbagai kementerian antaranya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

\”Kita ada pemetaan yang agak kasar, setakat ini. Cuma ada beberapa permintaanlah di negeri-negeri untuk melihat lebih mendalam.\”

\”Saya akan pertimbang kes demi kes,\” kata Nik Nazmi kepada pemberita pada Program Jelajah Kelestarian Alam: Dari Anak Muda kepada Dunia, di sini.

Dalam pada itu, kementeriannya komited meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri berhubung caj pencemaran plastik.

Setakat ini, perbincangan membabitkan sembilan negeri telah dilakukan.

Bagi lima negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak, perbincangannya akan dilaksana pada bulan depan.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...