Home Nasional NGO main peranan utama bantu perkukuh perpaduan
Nasional

NGO main peranan utama bantu perkukuh perpaduan

NGO main peranan utama bantu perkukuh perpaduan

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang / RTM

KUALA LUMPUR, 23 Januari- Bantuan kewangan akan terus disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam memperkukuh perpaduan menerusi penganjuran pelbagai program.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, beliau berharap dengan bantuan tersebut pihak berkaitan dapat meneruskan kerjasama bersama kementerian dalam usaha memperluas semangat perpaduan di negara ini.

Beliau berkata, Kementerian Perpaduan mendapat sambutan memberangsangkan daripada pihak NGO dalam penganjuran program perpaduan.

\”Pada tahun lalu, 78 program telah diterajui oleh NGO yang bekerjasama dengan kementerian kita, membabitkan jumlah lebih 620,000 penyertaan,\” katanya.

Tambah beliau, pada tahun ini pihaknya memberi fokus terhadap penganjuran program berteraskan elemen harmoni dalam kepelbagaian dan pembinaan negara bangsa bagi memperkasa hubungan antara pelbagai kelompok masyarakat sekaligus membina identiti nasional.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan (BKPP) di ibu negara.

Beliau berharap portal tersebut mampu menjadi platform mesra pengguna bagi NGO untuk mendapatkan bantuan kewangan serta mempercepat pelaksanaan program perpaduan yang dicadangkan.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...