Home Nasional Negara catat pertumbuhan ekonomi 5.8% pada suku kedua 2024
Nasional

Negara catat pertumbuhan ekonomi 5.8% pada suku kedua 2024

Negara catat pertumbuhan ekonomi 5.8% pada suku kedua 2024

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Negara telah berjaya memecah \”tembok kerunsingan\” apabila mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.8 peratus pada suku kedua 2024.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertumbuhan itu merupakan angka yang luar biasa, di luar daripada unjuran yang dikemukakan semua pihak.

\”Menerusi Ekonomi MADANI, kita janjikan peluang pekerjaan yang lebih baik, latihan lebih baik, pemindahan teknologi lebih baik dan ke arah digital serta ke arah transisi tenaga.

\”Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat, penghargaan tidak terhingga juga kepada warga pekerja, sama ada di pihak kerajaan mahupun swasta, terima kasih kepada warga profesional dan terima kasih kepada para pelabur yang terus yakin dengan hala tuju Ekonomi MADANI,\” katanya menerusi perkongsian di platform media sosial.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan ekonomi negara diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku kedua.

Ia merupakan pertumbuhan tertinggi sejak suku keempat 2022.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....