Home Nasional NACCOL tubuh Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Industri Jagung Bijian
Nasional

NACCOL tubuh Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Industri Jagung Bijian

NACCOL tubuh Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Industri Jagung Bijian

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keputusan itu dilaksana bagi menjamin ekosistem industri ternakan ayam dan makanan ternakan negara.

Ia selaras sasaran negara untuk membangun Industri Jagung Bijian dalam tempoh 15 tahun.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) juga mahu tanah penanaman bagi industri jagung bijian perlu digandakan untuk mencapai sasaran 1.25 juta metrik tan jagung bijian dengan keluasan 136, 527 hektar tanah menjelang 2030.

Bagi tujuan sama, beliau turut menawarkan tanah milik agensi dibawah KKDW seperti FELCRA, RISDA serta Lembaga Kemajuan Tanah untuk dibangunkan.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut memaklumkan, sehingga 3 Julai lalu, sejumlah 10,542 premis diperiksa semasa pelaksanaan Ops Kesan 2.0.

Bagi tempoh sama, 243 notis bertulis dikeluarkan (KPDN) kepada peniaga yg menaikkan harga barangan dan perkhidmatan tanpa sebab munasabah.

Justeru, beliau menyeru agar peniaga tidak menaikkan harga barangan jualan sewenang-wenangnya.

Ia berikutan sebilangan besar pemain industri itu masih menikmati harga diesel bersubsidi melalui \’Fleet Card\’ bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Ops Kesan 2.0 oleh KPDN melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun yang lalu.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...