Home Nasional Myanmar gantung permohonan visa pelancong
Nasional

Myanmar gantung permohonan visa pelancong

Myanmar gantung permohonan visa pelancong

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR, 9 April- Kementerian Imigresen dan Penduduk Myanmar mengumumkan bahawa permohonan visa pelancong akan digantung buat sementara waktu mulai 3 April berikutan gempa bumi baru-baru ini, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Yangon pada Rabu.

Kedutaan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pengumuman lanjut akan dibuat sebaik sahaja perkhidmatan itu disambung semula.

“Permohonan visa perniagaan akan terus diterima seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Pada 28 Mac lepas, gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda tengah Myanmar dan turut menjejaskan negara jiran, Thailand.

Media melaporkan bahawa angka korban akibat gempa bumi dahsyat itu di Myanmar telah meningkat kepada 3,645 orang manakala 5,017 orang cedera dan 148 lagi masih hilang setakat 6 petang waktu tempatan pada Selasa.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....