Home Nasional MOT harap inisiatif pas bulanan My50 akan diteruskan – Anthony
Nasional

MOT harap inisiatif pas bulanan My50 akan diteruskan – Anthony

MOT harap inisiatif pas bulanan My50 akan diteruskan – Anthony

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Ogos– Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) akan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 dalam pembentangan Belanjawan 2025 akan datang.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata usaha itu bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang.

Beliau berkata sistem pengangkutan awam di Lembah Klang masih memerlukan penambahbaikan kerana masih berdepan masalah kesesakan jalan raya.

\”Saya harap inisiatif ini dapat diteruskan supaya dapat memudahkan pengguna-pengguna di Lembah Klang khususnya mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam dengan murah iaitu RM50 sebulan. Inisiatif ini sudah tentu kita pohon diteruskan ke tahun depan.\”

\”Kita bangga kerana melihat penggunanya semakin ramai, sekarang mencecah 200,000 sebulan dan pengguna rel di Lembah Klang mencecah 900,000 secara purata setiap hari,\” kata Anthony dalam sidang media selepas Anthony menyaksikan Perjanjian Jual Beli Ruang Letak Kereta yang dimeterai antara Malaysia Rapid Transit System (MRT) dengan Coronade Propeties Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Terdahulu, peruntukan inisiatif pas bulanan tersebut ditingkatkan daripada RM100 juta kepada RM200 juta.

Dalam pada itu, beliau turut berharap MOF mempertimbangkan meluluskan beberapa inisiatif dan projek berkaitan pengangkutan awam, pada pembentangan Belanjawan 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....