Home Nasional Misi mencari nelayan hilang di perairan Langkawi diperhebat
Nasional

Misi mencari nelayan hilang di perairan Langkawi diperhebat

Misi mencari nelayan hilang di perairan Langkawi diperhebat

Foto Maritim Malaysia

LANGKAWI, 19 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis memperhebatkan usaha mencari seorang nelayan yang dikhuatiri terjatuh dari bot di perairan Pulau Segantang, Langkawi.

Pengarah Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata mangsa, Musliandee Mustapa Kamal, 45, dilaporkan terjatuh ke laut pada 16 Mac lalu.

Menurut beliau, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu daripada tekong bot, Baharin, pada pukul 6.50 petang.

Susulan itu, Operasi Carilamat diaktifkan pada pukul 7.00 petang hari yang sama.

\”Seramai 12 pegawai dan 45 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan terlibat dalam operasi ini, termasuk Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),\” katanya menerusi kenyataan.

Pencarian mangsa diteruskan semula pada pukul 8.00 pagi tadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian berkenaan diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di 04-9662750 bagi tindakan segera.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....