Home Nasional MHO desak Thailand kawal sempadan, elak pemerdagangan manusia
Nasional

MHO desak Thailand kawal sempadan, elak pemerdagangan manusia

MHO desak Thailand kawal sempadan, elak pemerdagangan manusia

Datuk Hishamuddin Hashim

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) akan mengadakan perhimpunan aman untuk mendesak Thailand daripada menjadi pusat transit pemerdagangan manusia.

Pengerusi MHO Datuk Hishamuddin Hashim menegaskan Thailand perlu bertanggungjawab dengan menjaga sempadan negara itu daripada terus terlibat aktiviti pemerdagangan manusia.

\”MHO akan membuat satu perhimpunan di depan kedutaan Thailand pada 12 Februari ini pada pukul 11.00 pagi. Perhimpunan ini adalah meminta kerajaan Thailand daripada terus dijadikan sebagai pusat transit sebab kesemua mangsa-mangsa pemandangan manusia.

\”Ia disebabkan sebelum mangsa pemerdagangan ini dibawa keluar, mereka akan melalui pintu Thailand melalui Bangkok kemudian sampai ke Chang Rai. Laluan ini akan membawa mangsa pemerdagangan masuk ke Laos melalui Bangkok kemudian ke Myawaddy,\” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara ituKetua Unit Pemerdagangan Manusia, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Azirul Syafiq Sazali berkata, hari ini pertubuhan itu berjaya mebawa pulang dua mangsa yang dipaksa bekerja sebagai sindiket penipuan cinta di Laos tahun lepas.

Kedua-dua mangsa ditipu dengan tawaran pekerjaan di Facebook yang menjanjikan gaji RM5,000 sebulan sebelum dibawa ke Thailand dan Laos.

\”Mereka (mangsa) membuat keputusan untuk berhubung dengan MHO dan kita berjaya membawa pulang kedua-duanya tanpa membayar pampasan atau syarat.

\”Kita berjaya berunding dan membawa mereka (mangsa) keluar dengan aman. Cuma masalah pasport atau urusan permit visa daripada syarikat itu menyebabkan mereka (mangsa) duduk di hotel hampir sebulan,\” katanya.

Related Articles

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Nasional

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0

Foto Fail/ BernamaMELAKA, 27 Januari – Kerajaan Melaka belum membincangkan cadangan mewujudkan...

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Nasional

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara

Foto BernamaSUBANG, 27 Januari – Presiden Indonesia Prabowo Subianto, tiba di Malaysia...

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Nasional

Anwar harap himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 26 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru...

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo
Nasional

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain KUALA LUMPUR, 26 Januari –...