Home Nasional METMalaysia: Ribut petir dijangka landa utara tanah air esok
Nasional

METMalaysia: Ribut petir dijangka landa utara tanah air esok

METMalaysia: Ribut petir dijangka landa utara tanah air esok

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka mengalami hujan dan ribut petir sepanjang hari esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui notis cuaca bersempena Deepavali 2024 memaklumkan, hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi.

Keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan sehingga petang.

Sementara itu di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak, cuaca pada sebelah pagi dijangka cerah sebelum berisiko mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang sehingga malam.

Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula, cerah.-BERNAMA

Related Articles

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu
Nasional

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terperosok di bawah kereta terbalik...

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf
Nasional

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf

Foto FB Menteri BesarBATU BERENDAM, 2 November– Melaka rancang untuk jadikan Lapangan...

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember
Nasional

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus...

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim
Nasional

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim

Pada awal kejadian, bomba melakukan pencarian permukaan di sekitar kawasan sungai/Foto BombaKULIM,...