Thursday , 9 January 2025
Home Nasional Met Malaysia keluar amaran ribut petir di enam negeri hingga 9 pagi
Nasional

Met Malaysia keluar amaran ribut petir di enam negeri hingga 9 pagi

Met Malaysia keluar amaran ribut petir di enam negeri hingga 9 pagi

Rakaman secara langsung keadaan di Jalan Ampang setakat pukul 8.37 pagi tadi

KUALA LUMPUR, 6 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri termasuk Kuala Lumpur yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi hari ini.

Met Malaysia memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Selain itu, di Sarawak dijangka mengalami cuaca yang sama di Samarahan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

0611 KL HUJAN 2Keadaan lalu lintas di Jalan Cheras setakat 8.37 pagi tadi

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan berlakunya hujan lebat seawal 7 pagi tadi di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menggerakkan petugas ke lokasi-lokasi tumpuan untuk memantau keadaan dan membantu memastikan keselamatan semua pihak.

\”Kami juga ingin menasihatkan agar semua pemilik kenderaan mematuhi arahan yang diberikan oleh papan tanda dan petugas kami di lapangan.

\”Ia bagi melancarkan pergerakan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Sila sentiasa berwaspada dan hati-hati memandu,\” katanya.

Related Articles

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor
Nasional

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan \’timeline\’ gerak kerja &...

FCoEE laksana 36 program pendidikan  berimpak tinggi sepanjang 2024
Nasional

FCoEE laksana 36 program pendidikan berimpak tinggi sepanjang 2024

Foto RTMKANGAR, 8 Januari- Sepanjang tahun 2024, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)...

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTMKANGAR, 8 Januari – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina penghujung bulan...

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia
Nasional

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 7 Januari – Kerajaan membuat penentuan awal berhubung penyiasatan...