Home Nasional Menteri Kanan Singapura berlepas pulang selepas tamatkan lawatan ke Malaysia
Nasional

Menteri Kanan Singapura berlepas pulang selepas tamatkan lawatan ke Malaysia

Menteri Kanan Singapura berlepas pulang selepas tamatkan lawatan ke Malaysia

Lee Hsien Loong dan isterinya Ho Ching sebelum menaiki penerbangan ke Singapura

SEPANG, 22 Julai- Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara di ibu negara.

Pesawat membawa beliau serta delegasi berlepas pukul 4.35 minit petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Kementerian Luar Datuk Akmal Che Musa turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan.

Selain menghadiri istiadat pertabalan dan Majlis Santapan Diraja, beberapa pertemuan serta program diatur termasuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, Menteri dan pemimpin Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Singapura itu turut berkesempatan berucap dalam majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur dan menghadiri majlis resepsi untuk warga Singapura di luar negara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Lee diiringi oleh isterinya Ho Ching, Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad, dan Menteri Negara Kanan bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling, yang juga merupakan Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....