Home Nasional Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan
Nasional

Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan

Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan

Menara Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah milik kerajaan dan pengambilalihan konsesi hanya melibatkan perubahan pengurusan serta operasi yang telah dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (RFP).

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan,RFP merupakan suatu tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta (PPP)) selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

\”Bagi maksud tersebut, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah melaksanakan proses RFP dan seterusnya Jemaah Menteri telah memperakukan pembida berjaya berdasarkan penilaian ke atas RFP tersebut.

\”Pembida berjaya tersebut telah diumumkan pihak kerajaan pada 29 Mei tahun lalu.

\”Pihak kementerian mengambil maklum akan writ saman dan permohonan injunksi yang telah difailkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) lanjutan daripada pelantikan syarikat konsesi baharu ini,\” menurut kenyataan itu.

Pihak Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi akan memastikan sebarang tindakan yang akan diambil adalah selaras dengan proses undang-undang.

Pada masa sama pihak kementerianmemohon agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada proses perundangantersebut berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun semua pihak terlibat termasuk orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.

Selain itu kementerian juga kekal komited terhadap tadbir urus yang baik dan akanmemastikan perkara itu ditangani sewajarnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....