Home Nasional Melaka usaha pulihkan sejarah asal, tuntut artifak dari Belanda
Nasional

Melaka usaha pulihkan sejarah asal, tuntut artifak dari Belanda

Melaka usaha pulihkan sejarah asal, tuntut artifak dari Belanda

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 April-Kerajaan negeri Melaka kini memberi tumpuan terhadap kajian sejarah bagi memulihkan semula naratif kegemilangan negara, khususnya sejarah negeri Melaka yang telah lama diseleweng oleh kuasa penjajah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata inisiatif itu termasuk usaha mendapatkan kembali manuskrip penting serta khazanah warisan Melayu yang mencatatkan kebijaksanaan dan keberanian pahlawan terdahulu.

“Banyak lagi perkara yang perlu kita bawa pulang untuk meluruskan kembali catatan sejarah yang telah dibengkokkan.

\”Usaha ini akan diteruskan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan Belanda telah menyatakan hasrat secara rasmi untuk memulangkan artifak-artifak penjajahan kepada Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa lawatan rasmi ke Belanda dijadualkan pada bulan Julai ini bagi membincangkan pemulangan artifak tersebut secara dua hala.

“Bulan Julai nanti saya akan ke Belanda untuk mengadakan rundingan dua hala dengan kerajaan Belanda. Artifak yang dapat kita bawa balik ke Melaka akan menjadi bukti sejarah dan usaha membetulkan fakta yang selama ini diseleweng akan diteruskan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Karisma Pemikir MADANI Siri II serta sesi Bicara Tokoh di ibu negara hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....