Home Nasional Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf
Nasional

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf

Foto FB Menteri Besar

BATU BERENDAM, 2 November– Melaka rancang untuk jadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) sebagai hab serantau bagi penerbangan antara semenanjung Malaysia dan Indonesia Barat serta Singapura.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagaimanapun berkata perkara itu masih dalam perbincangan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

\”Melaka adalah lapangan terbang strategik untuk menjalinkan hubungan negara di antara kedua-dua negara. Ia boleh digunakan antara Indonesia ke Melaka dan Melaka ke Singapura.

Terpulanglah kepada syarikat penerbangan tempatan untuk mengambil kesempatan ini untuk menjadi pengantara penerbangan domestik daripada Melaka,\” kata Ab Rauf kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas perasmian KUAM 2024, di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.

Tambahnya, kerajaan negeri Melaka mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan untuk menawarkan penerbangan domestik ke Melaka sebelum ke dua negara berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....