Home Nasional Melaka lokasi pertama siri jelajah SMP 2025
Nasional

Melaka lokasi pertama siri jelajah SMP 2025

Melaka lokasi pertama siri jelajah SMP 2025

Foto hiasan

MELAKA, 4 April – Melaka dipilih sebagai lokasi pertama siri jelajah Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2025.

Majlis permulaan sambutan itu disempurnakan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam ini.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan berkata, SMP adalah program bawah kerangka Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.

\”Ia bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebar luas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia,\” menurut kenyataan itu.

Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan Pulau Pinang pula dipilih sebagai lokasi perasmian SMP Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 16 hingga 20 Julai depan.

Sementara itu, Aaron dalam kenyataan sama berkata SMP bukan sekadar satu acara malah merupakan peringatan bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara.

Beliau berkata Malaysia dibina atas dasar semangat muafakat, saling menghormati dan keadilan antara kaum.

\”Kejayaan kita selama ini dalam membangunkan sebuah negara yang stabil dan makmur adalah hasil daripada kerjasama dan kesepakatan semua rakyat, tanpa mengira latar belakang, budaya dan agama.

\”Semoga semangat perpaduan yang kita semai bersama akan terus berkembang dan memberi manfaat yang besar kepada negara dan generasi akan datang,\” katanya.

Sambutan SMP di Melaka diserikan dengan pelbagai pengisian interaktif meliputi setiap lapisan umur seperti ‘Unity Fun Walk’, Pertandingan Mewarna Berkeluarga-Raya MADANI serta pertandingan dondang sayang dan keroncong.

Turut dianjurkan pertandingan sukan rakyat perpaduan, pameran Rumah KAMI (rumah etnik), persembahan silang budaya, pertandingan karakter perpaduan, pertandingan kerabu UNITI Jiran Wanita, Jualan Rahmah serta pameran daripada jabatan serta agensi kerajaan.

Selepas Melaka, siri jelajah SMP 2025 akan ke Kedah pada 17 hingga 19 April, Kelantan (8 hingga 10 Mei), Pahang (9 hingga 11 Mei), Johor (16 hingga 18 Mei), Perlis (14 hingga 15 Jun) dan Terengganu (19 hingga 21 Jun).

Ia kemudian diteruskan ke Sabah (28 hingga 29 Jun), Pulau Pinang (16 hingga 20 Julai), Sarawak (25 hingga 27 Julai), Negeri Sembilan (2 hingga 3 Ogos), Kuala Lumpur (8 hingga 10 Ogos), Labuan (16 hingga 17 Ogos), Selangor (22 hingga 24 Ogos), Putrajaya (12 hingga 14 September) dan Perak (26 hingga 28 September).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....