Home Nasional Media berkumpul awal di kediaman Tun Abdullah
Nasional

Media berkumpul awal di kediaman Tun Abdullah

Media berkumpul awal di kediaman Tun Abdullah

Van jenazah yang membawa jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan kediaman rasmi dan menuju ke Masjid Negara sekitar pukul 8:10 pagi tadi

KUALA LUMPUR, 15 April – Beberapa pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Persiaran Tuanku Jaafar seawal 6.30 pagi bagi membuat liputan pemergian negarawan itu.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati beberapa kenderaan yang dipercayai membawa orang kenamaan dilihat memasuki pekarangan rumah Perdana Menteri kelima berkenaan.

Pihak media bagaimanapun, tidak dibenarkan memasuki kediaman itu.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai \”Pak Lah\”, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.

IJN dalam kenyataan memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital itu pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara hari ini.

Sementara itu, menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin memberitahu media bahawa jenazah dijangka dibawa ke Masjid Negara pada 8.30 pagi ini untuk disolatkan dan dikafankan.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM), orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah di Dewan Solat Utama majid berkenaan bermula pada 11 pagi hingga 1 tengah hari.

\”Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara,\” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...