Home Nasional MCMC terima dua aduan berprofil tinggi libat fitnah calon pemilihan PKR
Nasional

MCMC terima dua aduan berprofil tinggi libat fitnah calon pemilihan PKR

MCMC terima dua aduan berprofil tinggi libat fitnah calon pemilihan PKR

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima dua aduan berprofil tinggi melibatkan tuduhan berunsur fitnah terhadap calon Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat Cabang yang sedang berlangsung ketika ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata MCMC akan bertindak sebagai penganalisis teknikal bagi menyiasat kedua-dua aduan tersebut, yang masing-masing melibatkan calon di Perak dan Perlis.

Salah satu aduan membabitkan hantaran di platform Facebook yang dipercayai mengandungi elemen jenayah berkaitan penyalahgunaan rangkaian, termasuk kandungan bersifat jelik melampau, tuduhan liar dan fitnah terhadap calon di Perlis.

“Satu daripada aduan itu melibatkan video tular yang menuduh seorang calon mengeluarkan senjata api. Calon tersebut telah menafikan tuduhan berkenaan dan membuat laporan polis. MCMC akan membantu siasatan memandangkan video itu telah disebarkan secara meluas di beberapa platform,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Wilayah Persekutuan di Wisma KTC, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, setakat ini dua kes dikategorikan sebagai berprofil tinggi, namun beliau akan mengadakan perbincangan dengan MCMC esok bagi mengetahui jumlah aduan penuh yang diterima setakat ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua calon agar bertanding secara sihat dan mengelakkan kempen melampau terutama di media sosial.

Pemilihan PKR peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang sedang berlangsung dari 11 hingga 20 April ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....