Home Nasional MCMC siasat penjawat awam, berhubung hantaran di TikTok
Nasional

MCMC siasat penjawat awam, berhubung hantaran di TikTok

MCMC siasat penjawat awam, berhubung hantaran di TikTok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang penjawat awam selepas dipercayai mengeluarkan hantaran jelik melibatkan elemen 3R iaitu agama, kaum dan raja di akaun TikTok miliknya.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki berusia 29 tahun itu telah disoal siasat oleh pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah pada Khamis lepas.

\”MCMC telah menemukan akaun TikTok yang disiasat pada telefon pintar suspek. Kesemua barangan kes yang berkaitan dirampas dan disita untuk siasatan lanjut,\” katanya.

MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran pada hari sama kepada lelaki berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kes disiasat mengikutSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran serta komunikasi yang bertentangan dengan undang-undang yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.

\”Penjawat awam juga diingatkan untuk tidak menggunakan media sosial bagi tujuan menyebarkan mesej yang melanggar undang-undang negara seperti yang terkandung dalam peringatan berkaitan arahan larangan membuat pernyataan awam oleh pegawai awam,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....