Home Nasional MBOT bangunkan rangka kerja komprehensif, mudahkan pelbagai laluan profesional
Nasional

MBOT bangunkan rangka kerja komprehensif, mudahkan pelbagai laluan profesional

MBOT bangunkan rangka kerja komprehensif, mudahkan pelbagai laluan profesional

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang

PUTRAJAYA, 30 Julai – Satu rangka kerja komprehensif untuk mengakreditasi kursus jangka pendek berkaitan teknologi dan kelayakan mikro akan dibangunkan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata inisiatif tersebut akan memudahkan pelbagai laluan ke arah pembangunan profesional dan pengiktirafan.

Pada masa sama, memberikan lebih banyak pilihan kepada tenaga kerja untuk meningkatkan kemahiran mereka.

\”Mandat MBOT di bawah aktanya secara unik meletakkannya untuk memastikan laluan alternatif ini memenuhi piawaian industri dan menerima pengiktirafan yang meluas.

\”Dengan memupuk pelbagai disiplin dan bakat, saya percaya inisiatif ini akan meningkatkan pertumbuhan bakat dan daya saing,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian MBOT Experts Network in Technology, Innovation, and Cooperative Event (ENTICE), di sini.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kebangsaan 2030 yang bertujuan memodenkan sistem pendidikan teknikal dan vokasional negara bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....