Home Nasional MB Perak galak JPKK tubuh koperasi
Nasional

MB Perak galak JPKK tubuh koperasi

MB Perak galak JPKK tubuh koperasi

Datuk Seri Saarani Mohamad pada Program Sejati MADANI, Impian Jadi Realiti daerah Batang Padang di Kampung Kenangan, Bidor

BIDOR, 21 April- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menggalakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang menyertai Program Sejahtera Komuniti MADANI untuk menubuhkan koperasi.

Beliau optimis, langkah itu dapat memaksimumkan manfaat program berkenaan berikutan lebih 200 JPKK yang menyertai Program Sejati MADANI mula membuahkan hasil memberangsangkan.

Modal RM100,000 dimanfaatkan, antaranya bagi tujuan pembelian bot, pembinaan chalet dan ternakan ikan keli.

\”Asalkan dia boleh pulangkan semula. Jadi sekiranya mereka ini boleh menubuhkan koperasi, jadi koperasi pun ada peruntukan.

\”Maka koperasi berkenaan boleh berkolaborasi dengan JPKK. Jadi dengan ada koperasi itu, mereka boleh menjana pendapatan koperasi dan ahli koperasi akan dapat dividen,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sejati MADANI: Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Kampung Kenangan, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....