Home Nasional Mayat kedua mangsa lemas di Pantai Batu Layar ditemui di celah batu
Nasional

Mayat kedua mangsa lemas di Pantai Batu Layar ditemui di celah batu

Mayat kedua mangsa lemas di Pantai Batu Layar ditemui di celah batu

Mayat kedua mangsa lemas di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, Haqim Abdul Rahim Lee, 20 ditemui kira-kira pukul 7.45 pagi tadi

KOTA TINGGI, 22 Julai – Mayat kedua mangsa lemas di Pantai Batu Layar, di sini pada Ahad ditemui kira-kira pukul 7.45 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata pihaknya menemukan mayat Haqim Abdul Rahim Lee, 20, tersangkut di celah batu di pantai itu.

“Pasukan penyelamat membuat pencarian lebih kurang dua kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat,\” katanya menerusi kenyataan.

Pada Ahad, media melaporkan dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi dan berkelah di pantai berkenaan pada pukul 9.38 pagi.

Mayat pertama, Muhammad Syahmie Zamzam, 26 ditemui pada pukul 3.20 petang semalam pada jarak 100 meter dari pantai tersebut.

Operasi pencarian melibatkan polis, Maritim Malaysia, Majlis Perbandaran Pengerang dan orang awam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....