Home Nasional MAS-01 keluarkan lapan mangsa gempa setakat hari kelima SAR
Nasional

MAS-01 keluarkan lapan mangsa gempa setakat hari kelima SAR

MAS-01 keluarkan lapan mangsa gempa setakat hari kelima SAR

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) membawa keluar seorang lelaki dewasa yang ditemui hidup di baawah runtuhan di Saging, Myanmar

KUALA LUMPUR, 3 April- Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) setakat ini berjaya mengeluarkan seramai lapan mangsa gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar termasuk seorang lelaki dewasa yang ditemui hidup.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memaklumkan, lokasi tumpuan pasukan itu yang memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu adalah runtuhan sekolah yang dipercayai masih terdapat mangsa terperangkap.

\”Penetapan tapak kerja untuk MAS-01 ditentukan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan (LEMA) berdasarkan kompleksiti runtuhan yang memerlukan peralatan canggih dibawa MAS-01,\” menurut kenyataan itu.

Mangsa yang dikeluarkan merupakan tiga lelaki dan tiga wanita serta seorang kanak-kanak yang ditemukan telah meninggal dunia manakala seorang lelaki dewasa ditemui hidup.

NADMA turut memaklumkan bahawa kesemua 50 pegawai dan anggota yang bertugas pada misi itu setakat ini berada dalam keadaan baik namun ada antara mereka mengalami simptom cuaca panas yang minimum, seperti suara serak.

\”Kerja-kerja mencari dan menyelamat dilaksanakan secara bersama dengan pasukan penyelamat tempatan. Penerapan kesedaran budaya yang tinggi dengan menghormati budaya tempatan oleh Pasukan MAS-01 mengelakkan konflik tugasan antara pasukan dalam dan luar negara,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....