Thursday , 9 January 2025
Home Nasional Mandat Anwar di Riyadh diharap bawa perubahan Palestin
Nasional

Mandat Anwar di Riyadh diharap bawa perubahan Palestin

Mandat Anwar di Riyadh diharap bawa perubahan Palestin

Dr. Zulkifli Hasan / Foto RTM

SHAH ALAM, 5 November– Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, berharap mandat yang akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh, 11 November nanti membawa perubahan serta harapan baharu kepada rakyat Palestin.

Menurut Zulkifli, kesepakatan semua ahli Parlimen terhadap isu tersebut mencerminkan keharmonian serta perpaduan di Malaysia, meskipun terdapat perbezaan agama dan pandangan.

\”Seluruh ahli Parlimen memberi sokongan penuh terhadap usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan kita berharap sidang kemuncak di Riyadh kali ini akan membawa perubahan serta harapan buat saudara kita di Palestin.

\”Ini adalah bukti bahawa kita mampu bersatu walaupun berbeza pandangan untuk mengangkat isu-isu penting seperti Palestin,\” katanya selepas merasmikan Persidangan Belia RDC di sini.

Persidangan bertajuk \’Unleashing The Potential of Youth In The Asia Pacific Region\’ itu turut menghimpunkan penceramah dari Indonesia, Turkiye, dan Iraq.

Related Articles

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor
Nasional

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan \’timeline\’ gerak kerja &...

FCoEE laksana 36 program pendidikan  berimpak tinggi sepanjang 2024
Nasional

FCoEE laksana 36 program pendidikan berimpak tinggi sepanjang 2024

Foto RTMKANGAR, 8 Januari- Sepanjang tahun 2024, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)...

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTMKANGAR, 8 Januari – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina penghujung bulan...

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia
Nasional

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 7 Januari – Kerajaan membuat penentuan awal berhubung penyiasatan...