Home Nasional Malim, Duyong dan Merlimau dilanda banjir kilat
Nasional

Malim, Duyong dan Merlimau dilanda banjir kilat

Malim, Duyong dan Merlimau dilanda banjir kilat

FOTO APM JASIN

MELAKA, 6 Mac- Hujan lebat berterusan sejak 6.00 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah dan Jasin dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 34 kawasan terjejas melibatkan 32 kawasan di daerah Melaka Tengah dan dua di Jasin.

Susulan itu, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan proses pendaftaran penduduk terjejas masih berjalan.

Dua PPS dibuka di Melaka Tengah iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim dan Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, manakala satu lagi di Jasin iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....