Home Nasional Malaysia usaha perluas ketersambungan udara ke Eropah, Amerika
Nasional

Malaysia usaha perluas ketersambungan udara ke Eropah, Amerika

Malaysia usaha perluas ketersambungan udara ke Eropah, Amerika

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama anak-anak kapal British Airways pada Majis Sambutan Pesawat British Airways Boeing 787-900 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1

SEPANG, 2 April – Malaysia sedang berusaha ke arah memperluas ketersambungan penerbangan ke Eropah dan Amerika, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kerajaan sedang menarik lebih banyak syarikat dari Eropah untuk menyediakan penerbangan terus ke Malaysia serta menggalakkan syarikat tempatan mewujudkan laluan.

“Ketersambungan sudah semestinya penting untuk negara bagi perdagangan, perniagaan dan terutamanya untuk pelancongan.

“Jika kita tiada penerbangan terus, ia akan jadi tidak menarik untuk pelancong datang ke negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyambut penerbangan pertama British Airways selepas menyambung semula penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Penerbangan itu menandakan kepulangan British Airways ke Malaysia selepas lima tahun menghentikan laluan itu ketika pandemik COVID-19.

Loke dalam ucapan sebelum itu berkata kembalinya syarikat penerbangan berpangkalan di United Kingdom (UK) itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan utama di rantau ini.

“Industri penerbangan Malaysia menunjukkan pemulihan dan daya tahan yang kuat, dengan trafik penumpang dijangka melebihi 100 juta pada 2025.

“Kehadiran British Airways di KLIA bukan sahaja memudahkan lebih banyak perjalanan antara Eropah dan Malaysia tetapi juga meningkatkan daya tarikan kita sebagai pusat transit bagi pengembara menuju ke destinasi ASEAN yang lain,” katanya.

Loke berkata selain pelancongan, laluan itu juga menawarkan peluang lebih besar untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UK.

“Kerajaan kommited untuk memastikan lapangan terbang kita kekal berdaya saing, efisien dan bersedia untuk masa depan. Itulah sebabnya kami memodenkan KLIA dan lapangan terbang utama yang lain bagi meningkatkan keberkesanan, ketersambungan dan kemampanan.

“Usaha ini selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, yang mengutamakan sistem pengangkutan bersepadu, mudah diakses dan berdaya tahan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang Malaysia,\” katanya. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....