Home Nasional Malaysia terus sokong mandat UN-Habitat
Nasional

Malaysia terus sokong mandat UN-Habitat

Malaysia terus sokong mandat UN-Habitat

Foto Facebook Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Malaysia akan terus menyokong mandat Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) memandangkan negara akan mencapai 85 peratus kadar perbandaran menjelang 2040.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengutarakan perkara itu dalam pertemuan dengan Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang baharu dilantik Anaclaudia Rossbach di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nga dalam kenyataan berkata Malaysia percaya pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu yang diterima pakai oleh lebih 190 negara bawah PBB menjadi kaedah konstruktif untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Malaysia juga menyatakan sokongan Agenda Perbandaran Baharu yang akan membantu negara anggota di rantau Asia Pasifik bagi menyediakan dan mengemukakan laporan mereka.

UN-Habitat diberi mandat oleh PBB untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan termasuk sosial dan alam sekitar dengan matlamat menyediakan tempat perlindungan mencukupi buat semua.

Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Rossbach dari Brazil atas pelantikan berkenaan untuk menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang memegang jawatan itu dari 2018 hingga 2024.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...