Home Nasional Malaysia seru PBB tubuh jawatankuasa khas perangi dasar apartied, Islamofobia
Nasional

Malaysia seru PBB tubuh jawatankuasa khas perangi dasar apartied, Islamofobia

Malaysia seru PBB tubuh jawatankuasa khas perangi dasar apartied, Islamofobia

Datuk Seri Mohamad Hasan berucap semasa sesi debat umum di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) di New York

NEW YORK, 29 September- Malaysia menyeru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan semula jawatankuasa khas bagi menentang dasar aparteid.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Pendudukan haram Israel telah menanamkan sistem aparteid dan diskriminasi terhadap rakyat Palestin.

Tegasnya, Israel telah melanggar setiap undang-undang antarabangsa yang wujud dan sudah tiba masanya untuk merealisasikan hak Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan keahlian penuh dalam Perhimpunan Agung PBB.

\”Tindakan Israel hari demi hari, menimbulkan keraguan sama ada mereka benar-benar mempercayai sistem PBB atau menghargai keahlian mereka dalam organisasi ini. Pendudukan haram Israel telah menanamkan sistem aparheid dan diskriminasi terhadap rakyat Palestin.

\”Rejim Israel sendiri telah mengisytiharkan niat untuk memusnahkan seluruh populasi. Ini, tanpa ragu, adalah satu pembunuhan beramai-ramai. PBB tidak boleh berdiam diri.

\”Kita mesti segera menggunakan proses yang telah diasaskan oleh Perhimpunan Agung ini, bersama mekanisme yang dibangunkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia,\” katanya.

Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap semasa sesi debat umum di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Tambahnya, Malaysia juga menuntut agar Majlis Keselamatan mengguna pakai kuasa bawah piagam PBB untuk mendesakgencatansenjata di Gaza.

Malaysia turut menggesa minoriti yang menentang Palestin sebagainegara anggota untuk menyertai majoriti.

Dalam undian pada Sesi Kecemasan Khas ke-10 Mei lalu, 143 negara menyokong untuk menimbang permohonan Palestin sebagai negara anggota, 25 berkecuali dan sembilan menentang.

Dalam perkembangan sama, Malaysia mendesak pelantikan segera Wakil Khas PBB bagi memerangi Islamofobia.

Datuk Seri Mohamad berkata, Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha yang diambil PBB untuk memupuk dialog antara komuniti melibatkan isu Islamofobia.

\”Kami terkejut dengan trend kebencian yang membimbangkan, sikap tidak bertoleransi dan tindakan keganasan terhadap umat Islam. Ini tidak boleh diteruskan.

\”Dalam era globalisasi, ada ruang untuk semua orang hidup bersama dan adalah tugas kita, bawah panji dunia yang bersatu, untuk memastikan bahawa keamanan itu akan berlaku. Kita mesti mengambil tindakan sekarang,\” katanya.

Tambahnya, walaupun Islamofobia adalah ancaman kepada umat Islam, isu kebencian yang lebih luas terhadap pengikut mana-mana agama akan merosakkan nilai-nilai keadilan dan keamanan yang kita semua berikrar untuk lindungi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....